Friday, May 10, 2013

SHAH ALAM: Seramai 28 dari 33 wakil politik parti pembangkang yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati  telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana memberi ucapan berbaur hasutan.
Individu tersebut tersebut termasuklah pimpinan-pimpinan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan ramai lagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata perhimpunan yang dilakukan tanpa kebenaran pihak polis itu didapati juga telah banyak menyalahi undang-undang APA 2012.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/28-wakil-pr-didapati-melanggar-akta-perhimpunan-aman-2012-13727?cp